Tuesday, 19 May 2015

Sedot Cairan Tulang Punggung Lumbar Puncture


Kekanda Abu Ubaid Al Helmi adalah sahabat saya yang begitu prihatin terhadap permasalahan kesihatan sahabat2nya. Beliau merujuk saya tentang prosedur lumbar puncture yg mahu dilakukan oleh doktor terhadap sahabat beliau. Apakah selamat? Adakah bahaya? Kenapa masyarakat melarang dilakukan prosedur tersebut? Saya telah menjawab dan saya fikir elok jawapannya dikongsi bagi pengetahuan orang ramai.
Prosedur lumbar puncture adalah selamat dan boleh dilakukan.
Sebenarnya masyarakat kita takut kerana kononnya apabila dilakukan prosedur ini maka akan ada kesan bahaya pada pesakit termasuk kehilangan nyawa.
Hakikatnya ia hanyalah prosedur biasa mengambil cecair dari badan (seperti pengambilan darah) cumanya ia dilakukan utk mengambil air tulang belakang atau cerebrospinal fluid (CSF). Prosedur ini juga akan dilakukan dgn sangat teliti dan di bawah kaedah aseptik (basmi kuman) bagi memastikan ia selamat dan tiada risiko jangkitan iatrogenik (jangkitan yg disebabkan oleh prosedur).
Doktor hanya akan meminta prosedur Lumbar puncture ini dilakukan terhadap pesakit yg serius jangkitannya di mana jangkitan kuman pada selaput otak (meningitis) adalah salah satu diagnosis yg berkemungkinan. Kebiasaannya pesakit yg mengalami penyakit spt meningitis ini sudah sedia kritikal, tidak mempunyai tahap kesedaran penuh dan dirawat di ICU!
Prosedur ini perlu utk kita identifikasi kuman spesifik yg menjangkiti selaput otak pesakit agar antibiotik khusus dan tepat dapat diberikan bagi membunuh kuman dalam tubuh pesakit.
Seandainya prosedur ini tidak dibenarkan utk dilakukan oleh pesakit atau waris, doktor tetap boleh merawat tetapi hanya dengan cara 'blind treatment' iaitu dgn memberi antibiotik broad spectrum yg belum tentu dapat melawan kuman yg menjangkiti pesakit.
1. Lumbar puncture adalah selamat utk dilakukan.
2. Segala cerita bahawa pesakit meninggal dunia selepas lumbar puncture dilakukan adalah tidak benar.
3. Meningitis adalah satu penyakit yg mempunyai risiko kematian yg tinggi jika tidak dirawat awal. Jadi itu pentingnya keputusan segera dilakukan utk memberi rawatan terbaik, tepat dan terpantas kepada pesakit.
4. Jika terjadi kematian atau kesan buruk terhadap pesakit, ia berpunca dari disease progression (kesinambungan penyakit) dan bukan disebabkan oleh prosedur simple (mudah) spt lumbar puncture.

0 comments:

Post a Comment