Fadilah surah yassin
Maka yang benar adalah fadhilat itu hanya boleh melalui bukti dalil-dalil Al-Quran dan hadis. Ia juga bermakna hanya Allah SWT dan Rasul-Nya yang berhak untuk mengkhabarkan kepada kita mengenai fadhilat sesuatu perkara. Ini kerana pemilik fadhilat tersebut adalah Allah!
Kedudukan hadis mengenai surah Yasin
Baiklah, sekarang mari kita tinjau apakah kedudukan hadis yang menceritakan mengenai surah Yasin.
من قرأ سورة يس في ليلة أصبح مغفورا له . ومن قرأ الدخان ليلة الجمعة أصبح مغفورا له
Maksudnya: "Siapa yang membaca surah Yasin dalam suatu malam, maka ketika ia bangun pagi hari diampuni dosanya dan siapa yang membaca surah Ad-Dukhan pada malam Jumaat maka ketika ia bangun pagi hari diampuni dosanya."
Status hadith: Palsu (maudhu'). Ibnul Jauzi mengatakan, hadith ini dari semua jalannya adalah batil, tidak ada asalnya. Imam Daruquthni berkata: Muhammad bin Zakaria yang ada dalam sanad hadis ini adalah tukang memalsukan hadis.
اقرأوا على موتاكم يس
Maksudnya: "Bacakanlah surah Yasin kepada orang yang akan mati di antara kamu."
Status hadith: Lemah (dhaif). Di antara yang meriwayatkan hadis ini adalah Ibnu Abi Syaibah (4:74 cet. India), Abu Daud No. 3121. Hadis ini lemah kerana Abu Utsman, di antara perawi hadis ini adalah seorang yang majhul (tidak diketahui), demikian pula dengan ayahnya. Hadis ini juga mudtharib (goncang sanadnya/tidak jelas).
مَنْ قَرَأَ يَسٍ فِيْ لَيْلَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهَ اللهِ غُفِرَ لَهُ
Maksudnya: "Barangsiapa membaca surah Yasin pada malam hari kerana mengharap keredhaan Allah, nescaya Allah ampuni dosanya."
Status hadith: Lemah (dhaif). Diriwayatkan dari Abu Hurairah, tetapi di dalam sanadnya ada Aghlab bin Tamiim. Imam Bukhari berkata: "Ia adalah munkarul hadith." Ibnu Ma’in berkata: "Ia tidak ada apa-apa (tidak kuat)." (Mizaanul I’tidal (I/273-274) dan Lisaanul Mizaan (I/464-465)
مَنْ قَرَأَيَسٍ فِيْ لَيْلَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ غُفِرَ لَهُ فِيْ تِلْكَ اللَّيْلَةِ
Maksudnya: "Barang siapa membaca surah Yasin pada malam hari kerana mengharap keredhaan Allah, maka ia akan diampuni dosanya pada malam itu."
Status hadith: Lemah (dhaif). Diriwayatkan oleh Imam ad-Darimi dari jalan Walid bin Syuja’, ayahku (Syuja’) telah menceritakan kepadaku, Ziyad bin Khaitsamah telah menceritakan kepadaku, dari Muhammad bin Juhadah dari al-Hasan, dari Abu Hurairah r.a. (Sunan ad-Darimi (II/457)
Hadith ini diriwayatkan juga oleh al-Baihaqi, Abu Nu’aim dan al-Khatib, dari jalan al-hasan, dari Abu Hurairah r.anhu. Hadith ini munqathi’, kerana dalam semua sanadnya terdapat al-Hasan bin Yasar al-Bashriy, ia tidak mendengar riwayat ini dari Abu Hurairah. Imam adz-Dzahabi berkata : “Al-Hasan tidak mendengar dari Abu Hurairah, maka semua hadith yang ia riwayatkan dari Abu Hurairah termasuk dari jumlah hadith-hadith munqathi’.
Hadith-hadith yang telah saya sebutkan di atas merupakan sebahagian dari banyak lagi hadith yang diriwayatkan mengenai fadhilat Yasin, tetapi saya mendapati hadith-hadithnya adalah lemah (dhaif) atau palsu (maudhu').
Meskipun terdapat sebilangan kecil muhaddithun yang mensahihkan hadis-hadis berkenaan Yasin, seperti contoh Ibnu Hibban, tetapi beliau adalah termasuk yang dikenali sebagai mutasahul, iaitu seorang yang bermudah-mudah di dalam mensahihkan sesuatu hadis.
Alasan membaca Yassin
Saya juga turut mendengar beberapa ustaz dan ulama yang mempertahankan bacaan Yassin yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Ada yang berkata:
1. Surah Yassin lebih pendek dari surah Al-Kahfi
2. Lebih baik dari tidak ada amalan membaca Quran langsung
3. Kita bermazhab Syafi'e dan ini adalah amalan di dalam mazhab Syafi'e
Bagi alasan yang pertama, ia tidak dapat diterima. Jika inilah alasannya, maka kita boleh rotate atau menukar setiap minggu dengan surah-surah lain yang jauh lebih pendek dari surah Al-Kahfi. Akan tetapi pengkhususan inipun tidak dianjurkan kerana membaca Al-Kahfi lebih utama. Maka kita melihat ramai yang mempertahankan bacaan Yassin ini kerana kepercayaannya terutamanya bagi orang-orang awam. Kita juga tahu bahawa sebahagian yang mengadakan tahlil arwah kerana mereka percaya ini adalah salah satu amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Maka ini adalah iktiqad yang salah.
Alasan yang kedua pula saya lihat lebih kepada peranan-peranan para ulama, dai'e, dan ustaz di dalam mendidik masyarakat tentang hakikat sunnah itu sendiri melalui dalil-dalil yang sahih.
Alasan yang ketiga tidak relevan sama sekali kerana Imam Syafi'e antara yang menolak pendapat bacaan Quran sampai kepada si mati. Ibn Kathir berkata ketika mentafsir Surah An-Najm ayat 39: "Daripada ayat yang mulia ini, Imam Syafi'e rahimahullah dan mereka yang mengikutinya mengeluarkan hukum bahawa pahala hadiah bacaan (Al-Quran) tidak sampai kepada orang-orang yang mati". (Tafsir Ibn Katsir: 7/465).
Walau bagaimanapun isu sama ada pahala bacaan al-Quran sampai atau tidak kepada si mayat adalah termasuk di dalam isu khilafiyah yang mana terdapat sejumlah ulama termasuk ulama kontemporari seperti Dr. Wahbah Zuhaily yang berpandangan bacaan al-Quran sampai kepada si mati. Akan tetapi tidak ada seorangpun ulama yang menegaskan ia mestilah bacaan surah Yasin.
Terdapat juga amalan lain yang disandarkan kepada Imam Syafi'e sedangkan hakikatnya ia bukanlah pendapat sebenar Imam asy-Syafi'e. Di dalam kitab Mazhab Syafi'e yang ditulis oleh tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi’e, iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji, disebut dalam kitab tersebut: "Daripada bid’ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya." (1/263, Damsyik: Dar al-Qalam) -http://drmaza.com/home/?p=796
Kesimpulan
Pandangan yang saya pilih berdasarkan pada hujah-hujah yang telah saya kemukan, saya memilih pandangan yang menolak bacaan Yasin pada upacara-upacara yang dikemukan di awal artikel ini. Saya berharap isi-isi perbincangan artikel ini dapat dinilai tanpa sebarang sentimen atau hujah yang tidak ilmiah atau rasional.
Saya boleh memahami sesetengah pihak yang berpendapat agar sekurang-kurangnya orang awam ada satu amalan agama untuk diamalkan, akan tetapi kesan dari amalan ini akan memberikan impak yang kurang baik:
1. Kerana mereka akan percaya kepada iktiqad yang salah.
2. Mengabaikan tuntutan sunnah, iaitu surah Al-Kahfi.
من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة أضاء له من النور ما بين الجمعتين
Maksudnya: "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan."
(Diriwayatkan oleh al-Haakim, 2/399; dan al-Bayhaqi, 3/249. Ibn Hajar berkata di dalam Takhreej al-Adhkaar hadith ini hasan, dan dia berkata, ini adalah laporan yang paling kuat yang pernah diriwayatkan mengenai membaca surah Al-Kahfi. Lihat: Fayd al-Qadeer, 6/198. Dinilai sahih oleh Shaykh al-Albaani di dalam Saheeh al-Jaami’, 6470)
Oleh itu saya mencadangkan agar kita menganjurkan masyarakat supaya kembali kepada tuntutan sunnah yang sahih, iaitu menganjurkan bacaan surah Al-Kahfi pada setiap hari Jumaat. Serta dielakkan majlis bacaan secara berjemaah kerana tidak ada langsung petunjuk di dalam sunnah yang menyuruh untuk kita melakukan sedemikian.
Akhir kata, semoga perbincangan ini membawa manfaat insyaAllah dan semoga usaha dan amal kita diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.
Wallahu a’lam.

Adalah
malang apabila golongan yang kononnya kuat berpegang dengan agama tidak
bersifat ilmiah. Sedangkan ilmu adalah teras kepada Islam yang tulen
dan murni. Antara sikap tidak ilmiah ialah menuduh seseorang dengan
sesuatu tuduhan palsu disebabkan tidak mahu atau berupaya menjawab
persoalan yang di…
drmaza.com
0 comments:
Post a Comment